Azuan Wanji Shamsir

Mohd Azuan Shamsir Bin Samsuri @ Wanji (Lahir pada 1hb Ogos 1978) merupakan seorang pengalih suara , penyanyi , penulis lirik dan juga pengarah alih suara bagi industri alih suara dan animasi di Malaysia. Mula melibatkan diri di dalam bidang seni pada usia muda sehinggalah dia bersama kumpulan Phyne Ballerz bersama rakannya Abdul Munir bin Hj Awang , Nine dan Billy. Beliau kemudian terpaksa meninggalkan rakan-rakan nyanyiannya oleh kerana membantu perniagaan keluarga ketika itu.Kini beliau lebih di kenali dengan suara-suara watak-watak kartun seperti 'Ash' untuk siri kartun popular Jepun 'Pokemon' , 'King Julian' di dalam "Madagascar : Escape 2 Africa" , ''Wolverine' di dalam siri TV Wolverine and the X-Men, Hiccup' di dalam "How to Train Your Dragon" , Ice King' di dalam "[[Adventure Time with Finn and Jake|Adventure Time with Finn and Jake''', 'Pavel' di dalam "Tron: Uprising" , Yogi Bear'' di dalam "Yogi Bear the movie" , 'Cedric' di dalam siri kartun Disney 'Sofia The First'. Selain dari itu, beliau juga turut terlibat dengan animasi-animasi tempatan dengan membawa watak-watak seperti '"King"' di dalam "Rimba Racer" , 'Don' dan 'Dee' di dalam "Chuck Chicken" dan yang terbaru ialah sebagai 'Uno' dan 'Analogman' di dalam siri animasi 'Ejen Ali' dan banyak lagi.
Selain dari mengalih suara Wanji juga aktif dengan kerja-kerja komuniti alih suara iaitu 'Dubbers Inc. Malaysia' dengan mengadakan program-program seperti 'Projek Kotak Suara' , 'Script Circle' , 'Live Cast' iaitu program-program bengkel alih suara dan penterjemahan buat mereka-mereka yang berminat ingin mempelajari seni mengalih suara. bagi melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang alih suara di Malaysia. Beliau masih lagi aktif mengalih suara pada siri-siri kartun TV dan juga rencana-rencana. Walau pun beliau sudah lama meninggalkan pentas nyanyian namun masih lagi menerima jemputan untuk menjadi penyanyi latar untuk rakaman album artis-artis tempatan. Beliau juga kini giat mengarah beberapa cerita dan program kanak-kanak terbaru untuk di alih suara kan ke Bahasa Kebangsaan kita.